Kelindan Lori (Fridge Delivery) - KL & Selangor

Port Klang , Malaysia
On-site

Deskripsi Kerja

PRISM+ sedang mencari Kelindan Penghantaran Peti Sejuk yang bertanggungjawab, berdisiplin, dan mementingkan kepuasan pelanggan. Anda akan bertanggungjawab untuk membantu pemandu lori dalam memuatkan, mengangkut, dan menghantar peti sejuk dengan selamat dan tepat pada masanya, mengikut laluan serta jadual yang ditetapkan.

Jika anda seorang yang teliti, komited terhadap keselamatan kerja, dan mempunyai semangat untuk memberikan perkhidmatan terbaik, ini adalah peluang yang sesuai untuk anda!

Tanggungjawab Pekerjaan:

  • Membantu memuatkan, mengangkut, dan menghantar peti sejuk kepada pelanggan dengan selamat dan mengikut masa yang ditetapkan.
  • Menyemak pesanan sebelum dan selepas penghantaran bagi memastikan semua barang lengkap & pelanggan berpuas hati.
  • Membantu memunggah serta menyusun peti sejuk dalam kenderaan dengan selamat.
  • Memberikan perkhidmatan pelanggan yang mesra dan profesional.
  • Memastikan produk dihantar dalam keadaan baik tanpa sebarang kerosakan.
  • Melaksanakan lain-lain tugas yang diberikan oleh supervisor & syarikat apabila diperlukan.

Requirements

Kelayakan:

  • Berpengalaman dalam penghantaran barang berat seperti peti sejuk adalah satu kelebihan.
  • Berkeupayaan untuk berjalan, mengangkat, dan membawa barang berat dalam tempoh yang panjang.
  • Berkediaman di Selangor / KL.
  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja.
  • Selesa bekerja 5.5 hari seminggu (Isnin hingga Sabtu).

Benefits

  • Kenaikan gaji tahunan & bonus prestasi.
  • Insentif tambahan bagi setiap penghantaran yang berjaya.
  • Faedah perubatan tahunan.
  • Cuti khas sempena hari lahir.

Founded in 2017, PRISM+ is the fastest-growing local consumer electronics brand selling top-notch gaming monitors and 4K TVs. Disrupting the traditional distribution market with the direct-to-consumer e-commerce business model, we have significantly reduced the exorbitant price of owning a gaming monitor/4K Smart TV to the masses. Achieving immense success in the Singapore market, such as Lazada Top Seller in Electronics (2019, 2020 and 2021), beating all big brands to it. PRISM+ has also expanded to new markets in Malaysia and Australia. PRISM+ is rapidly expanding in 2022 with new overseas expansions and product line-ups.

View all jobs
Get hired quicker

Be the first to apply. Receive an email whenever similar jobs are posted.

Report this job

This job is no longer available

Enter your email address below to get notified whenever we find a similar job post.

Unsubscribe at any time.